Term & Conditions

TERMA DAN SYARAT
  • Sila baca halaman ini dengan teliti kerana ia mengandungi terma & syarat yang telah anda persetujui untuk dipatuhi jika anda terus menggunakan laman web ILEESH. Di bawah merupakan Terma & Syarat yang dirujuk kepada penggunaan laman web ILEESH dan sebarang pembelian yang anda buat melalui laman web ini.
  • Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara Terma & Syarat, panduan polisi ini akan diguna pakai untuk rujukan antara ANDA dan ILEESH MARKETING (“ILEESH, “Kita”,Kami”) pejabat berdaftar yang terletak di No.38 Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14400 Kubang Semang, Penang, Malaysia. Sebarang aduan, pertanyaan atau berkaitan syarat-syarat ini seperti yang tersenarai dalam halaman Hubungi Kami.
  • Laman web ini dikendalikan oleh ILEESH MARKETING (nombor yang berdaftar PG0403801-V) dari alamat yang berdaftar iaitu No.38 Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14400 Kubang Semang, Penang, Malaysia.
POLISI PEMBELIAN
  • Anda hanya boleh membuat pembelian mana-mana produk ILEESH yang tersedia.
  • ILEESH berhak untuk menolak mana-mana pesanan yang mencurigakan atas sebab yang munasabah.
  • Maklumat produk yang boleh dibeli termasuk harga telah dinyatakan melalui laman kedai ILEESH (SHOP). 
  • Kami mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa semua butiran, keterangan, dan harga produk yang dipaparkan pada kedai ILEESH (SHOP) adalah benar.
POLISI TEMPAHAN
 
Tempahan boleh dibuat terus melalui kedai(SHOP) laman web ini. Semua produk adalah tersedia(Ready Stock). Produk yang kehabisan stock akan dilebelkan "OUT OF STOCK".
 
Anda akan menerima 2 kiriman SMS dan Email Pengesahan Pesanan selepas tempahan anda disahkan dan dengan penerimaan kami. Email yang lengkap mengandungi butir-butir pesanan anda termasuk kod produk, penerangan produk, invois  dan alamat penghantaran.
 

POLISI PENGHANTARAN

Semua tempahan akan diproses dalam tempoh 24 jam waktu bekerja. Penghantaran dilakukan dari hari ISNIN hingga ke hari JUMAAT. Walau bagaimana pun, jika ada staf yang bekerja pada hari cuti Sabtu, Ahad atau cuti Umum, pihak kami mungkin akan melakukan penghantaran pada hari tersebut.

Kami akan menghantar 1 kiriman SMS dan Email Pemberitahuan Penghantaran bagi pihak syarikat logistik kami kepada anda selepas tempahan anda dihantar. Pengesanan kod jejak barang akan disediakan dan anda boleh menjejaki status penghantaran pesanan anda melaui pautan di Email dan SMS yang dihantar oleh pihak kami.

POLISI BAYARAN BALIK
 
Pihak kami komited untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan kami. Jaminan bayaran balik atau penghantaran semula untuk barangan yang rosak, hilang atau tersilap jumlah bagi tempahan pembayaran atas talian (Fpx Payment). Tiada bayaran balik untuk tempahan barang sampai baru bayar(COD) atas faktor pembeli belum membuat pembayaran pada barangan tersebut.
 
POLISI PEMBATALAN & PEMULANGAN
 
Produk yang telah dijual tidak boleh dikembalikan, oleh itu dukacita dimaklumkan bahawa tempahan tidak boleh dibatalkan sebaik sahaja diletakkan, Sila pastikan anda telah memeriksa dan mengesahkan semua butiran dan maklumat sebelum anda memproses bayaran anda.